Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Merdekakah kita?

I typed everything except for the last 5 lines before the GE14.. some points still relevant I guess. *** Merdekakah kita? Pelbagai kaum bersatu kah kita? Pedulikah kita nasib negara? Atau hanya hal bangsa yang diambil kira? Merdekakah kita? Kaya hasil bumi milik siapa? Ambil kisahkah transaksi negara? Atau hanya berserah tatkala maruah dijaja? Merdekakah kita? Ahli fikir bijak pandai ke mana? Mereka berbicara sokong kah kita? Atau hanya redha bila mereka ke penjara?  Merdekakah kita? Apakah masih dijajah rupa, akhlak dan minda?  Sukar mencari ilmu alasan biasa? Atau hanya sekadar dikendong kepilan sijil buat tatapan mata? Merdekakah kita? Kebebasan suara diberi tetapi matang kah kita? Ambil mudah ulasan senang terpedaya? Atau hanya memang tidak kisah fitnah melata? Sudah Merdeka kah kita wahai anak Malaysia? --ellyWong--